Thursday 13 September 2012

" SEREMBAN "

Tujuan permainan

Permainan ini menguji kecekapan pemain melambung daan menyambut batu pemain perlu mendapat seberapa banyak jumlah batu yang disambut.

Senarai keperluan


  1. Bahan :
                       a.Batu sermpan 5 ATAU  7.
                       b.batu kecil,pudi kacang atau biji asam jawa 6 biji dan guli 1 biji.

  1. Tempat bermain : kawasan rata seperti di atas simen ataupon di atas lantai sama ada diluar ataupon dalam bangunan.
  2. Bilangan pemain : Sekurang kurangnya 2 orang.

Cara Bermain .

  1. Pemain akan duduk di atas lantai .
  2. Pada permulaan permainan pemain dikehendaki melambnung buah,kesemua batu diletakkan di atas telapak tangan kemudian disambut mengunakan belakang tangan.
  3. sesiapa yang dapat menimbang buah terbanyak dialah yang bermain dahulu.
  4. pemain menebar buah di atas lantai,kemudian mengutip semula mengikut bilangan 1,2dan 3 dan menimbang buah tersebut.
  5. pemain perlu mencampakan jumlah buah yang ditimbang dengan jumlah seterusnya 
  6. permainan diteruskan sehingga pemain membuat kesilapan seperti buat terjatuh semasa dilambung ataupon tersentuh buah lain semasa mengambil buah.
  7. sekiranya kesilapan itu berlaku maka giliran akan diberikan kepada pemain seterusnya .
  8. pemain yang berjaya mengutip jumlah buah paling banyak dikira sebagai pemenang.

Faedah yang diperoleh 

Aspek Perkembangan kognitif

  • Permainan ini dapat meningkatkan kemahiran membilang dah konsep tambah apabila dapat menimbang buah.

Aspek perkembangan fizikal.

  • Permainan inidapat meningkat kemahiran motor halus seperti melambung menimbang dan mengemgam buah batu seremban.

Aspek perkembangan sosiemosi

  • Permainan ini dapat menggalakkan kanak - kanak meluahkan perasaan gembira dah keseronokan bermain.

Aspek kerohanian dan moral 

  • kanak - kanak dapat mengembangkan aspek rohani dan moral  dengan mengikuti dan memahami peraturan permainan . mereka juga perlu menungu giliran di samping belajar bersabar.

" PUKUL LALAT "

Tujaun permainan

Berlari dalam bulatan sambil mengejar dan memukul pemain dengan sapu tangan.

Senarai keperluan


  1. Bahan : sapu tangan.
  2. bilangan pemain : Tidak terhad.

Cara bermain.

  1. kanak - kanak duduk membuat satu bulatan ,kemudia duduk mencangkung ke arah dalam bulatan.
  2. seorang kanak-kanak di minta keluar secara sukarela ataupon dipilih membawa sapu tangan.
  3. pemain yang dipilih berdiri di luar bulatan sambil memegang sapu tangan.
  4. pemain akan meletakkan sapu tangan di belakang sesiapa saja yang berada di bulatan tanpa disedari ,orang itu dikenali sebagai mangsa.
  5. Pemain lai sentiasa peka dan bersedia meraba belakang bagi memastikan sama ada sapu tangan berada di tempat duduk atau tidak.
  6. apabila pemain B dapat menyentuh ada sapu tangan di belakanya maka ia bangun  dan lari mengejar A sambil memukulnya.
  7. Pemain A perlu mencari tempat duduk secepat mungkin sebelum dapat dipukul oleh pengejar.
  8. Jika A belum sempat mencari tempat duduk dah terkena pukulan,maka A akan berlari lagi mengeliling bulatan sementara B duduk di tempat asal.
  9. Sebaliknya jika A berjaya mencari tempat duduk ,B akan berpusing sekali lagi untuk meletakkan sapu tangan di belakang pemain lain contohnya C .

Faedah  yang diperoleh.

Aspek perkembangan fizikal

Permainan ini melibatkan aktiviti berlari,berjalan ke depan dan mengundur . jadi ia dapat mengembangkan fizikal kanak - kanak .

Aspek perkembangan sosioemosi

Permainan ini dapat memupuk ciri kepempinan kanak -kanak

Perkembangan kognitif

Daripada permainan ini kanak - kanak dapat mempelajari konsep masa dan nombor.

Tuesday 11 September 2012

" TARIK UPIH "


Tujuan

Menarik rakan lain dengan upih pokok palma .

Senarai keperluan


  1. Upih 
  2. Bilangan pemain 2 hingga 6 orang

Cara - cara bermain 

  1. seorang pemain yang berbadan besar ataupon lebih kuat akan menarik upih.
  2. 2 orang kanak kanak lain akan duduk di atas upih dan mereka ditarik oleh pemain tadi.

Faedah permainan


Aspek perkembangan sosioemosi

Kanak - kanak belajar berkejasama dan menungu giliran untuk bermain.

Aspek perkembangan fizikal

Meningkatkan kebolehan motor kasar.



" KONDA - KONDI "

Tujuan permainan

permainan ini menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelakanya daripada disambut pemain lain.

Senarai keperluan


  1. Bahan : dua batang kayu kecil yang berlainan saiz kecik dan panjang.
  2. Tempat : kawasan lapang.
  3. bilangan kanak kanak : 8 hingga 2 orang.

Cara Bermain

  1. sediakan 2 batang kayu, satu pendek dan satu panjng dalam satu kaki. sebuah lubang dikorek di tempat permainan,kayu pendek diletakan di tengah lubang secara melintang.
  2. pemain dibahagikan kepada dua pasukan, dibahagikan sama rata bilanganya.
  3. undian dibuat bagi kumpulan memulakan dulu.
  4. pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat tempat bermain, dan pasukan lawan akan berdiri merata tempat.
  5. permainan akan dimulakan dengan menguis kayu pendek dengan mengunakan kayu panjng .
  6. ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu yang panjang,apabila pasuka lawan dapat menangkap kayu pendek pemain pasukan lawan akan dianggap mati.
  7. mata akan dikira dengan ukuran yang dibuat.
  8. permainan akan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah satu
  9. mata yang dikumpulkan oleh setiap pemain akan dikumpulkan , dan mata pasukan yang banyak akan dikira sebagai pemenang.

Faedah yang diperoleh

Aspek perkembangan kognitif

Dapat belajar menyusung strategi permainan dengan mengagak bila perlu menyerang pasukan lawan.


Aspek perkembangan fizikal

Dapat meningkatkan kemahiran motor kasar melalui aktiviti melambung berlari .


Aspek perkembangan sosioemosi

Dapat meluah rasa gembira semasa bermain.


Aspek kerohanian dan moral

Permainan ini memupuk semangat bekerja dalam pasukan, mereka juga perlu mengikuti aturan permainan serta menungu giliran.

Monday 10 September 2012

" MAIN SAPU TANGAN "

Senarai keperluan


  1. Bahan : sapu tangan.
  2. Tempat : Kawasan lapang.
  3. Bilangan pemain : 5 orang dan lebih.

Cara bermain

  1. Buat bulatan dan kanak - kanak mencangkung.
  2. pilih seorang untuk membawa sapu tangan mengelilingi bulatan.
  3. Pembawa sapu tangan ( pemain A ) Boleh meletakkan sapu tangan di belakang pemain lain yang dipilih ( Pemain B ) tanpa disedari pemain itu.
  4. Pemain A perlu lari kerana dia akan dikejar pemain B
  5. pemain B perlu mengejar pemain A san memukul pemain A dengan sapu tangan itu. 

Contoh gambar :  




" MAIN GULI "

Tujuan 

permainan melontar guli tepat pada sasaranya..

Senarai keperluan 


  1. Bahan atau peralatan: Guli
  2. Tempat : kawasan lapang dan rata.
  3. bilangan kanak kanak: tiga hingga lima orang.

Cara Bermain

  1. Pemain melukiskan bulatan di atas tanah rata ataupon simen,dengan mengunakan kapur.
  2. Guli di antara 10-20 Biji guli diletakkan di dalam bulatan. 
  3. Setiap pemain mempunyai guli untuk dilemparkan.
  4. pemain berdiri di belakang garisan dengan jarak 3 langkah.
  5. pemain akan bergilir bermain dengan ditentukan dengan undian.
  6. pemain yang dapat melemparkan guli ke dalam bulatan,dan mengeluarkan guli, guli itu akan menjadi miliknya.
  7. diikuti pemain seterusnya.
  8. pemain dengan guli terbanyak adalah pemenang.
  9. satu cara lagi permainan dimana guli disusun dalam barisan .

Contoh Gambar Permainan :




" MAIN GETAH "

Tujuan Permainan

 Menguji kebolehan kanak  kanak melempar dan meniup getah supaya mengenai sasaran.

Senarai Keperluan.


  1. Bahan atau peralatan : Getah gelang.
  2. Tempat : kawasan Lapang.
  3. Bilangan kanak-kanak: Tidak terhad , sekurangya 3 orang.

Jenis permainan getah dan cara bermain

Pemain hanya boleh melastik , meniup dan melempar getah sekali sahaja dalam setiap pusingan.

Lempar Getah.

  1. setiap pemain ada jumlah getah yang sama banyak seperti 20 urat.
  2. pemain akan melemparkan getah mengikut giliran.
  3. apabila getah glang yang bertindih dengan getah yang sedia ada maka getah tersebut akan jadi miliknya.
  4. pemain yang dapat mengutip getah yang banyak akan menang.

Kanak  kanak mengutip gelang getah yang terkena


Tiup getah

  1. Getah akan ditaburkan di atas lantai dan ada jarak antara satu sama lain
  2. pemain aka meniup sehingan menindih antara satu sama lain, getah yang bertindih akan menjadi miliknya.
  3. permainan akan dikira mati jika pemain menyentuh getah
  4. giliran akan diberikan kepada orang lain dengan permainan yang sama.
  5. Jumlah getah yang banyak adalah pemenang.

Lastik Getah

  1. Pemain mencacakkan dua batang lidi di atas tanah kiri dan kanan lebih kurang 4 inci.
  2. pasangkan 2 urat getah merentang kayu lidi tersebut
  3. sangkutkan getah sebanyak mungkin pada getah lidi.
  4. pemain akan berdiri jarak 1 1/2 meter dan melastik getah tersebut.
  5. getah akan jatuh menjadi miliknya.
  6. jika pemain semasa melantik getah tidak jatuh, pemain lain akan mendapat giliran
  7. ulang sehingga getah yang tersangkut habis.



   

" BOLING "

Aspek perkembangan

Perkembangan motor kasar.

Senarai keperluan


  1. Bahan atau peralatan : Bola dan botol plastik.
  2. Tempat : Kawasan lapang dan rata.
  3. Bilangan kanak - kanak : Tidak terhad.

Cara Bermain 

  1. Botol plastik di susun dalam bentuk segi tiga dengan susunan satu , dua , tiga , empat dan lima.
  2. pemain berbaris dan mengikut giliran.
  3. pemain perlu melemparkan bola ke arah susunan botol yang di hadapanya pada jarak 2 meter.
  4. bilangan mata di kira mengikut bilangan botol yang dijatuhkan.
  5. Jika pemain seterusnya hendak main,mereka perlu menyusun botol sepeti keadaan asal.
  6. pemain yang mendapat jumlah jatuhan yang banyak akan jadi pemenang

Contoh Gambar :


" BOLA DAN MONYET "

Senarai keperluan


  1. Bahan : Bola
  2. Tempat : Kawasan lapang

Peraturan permainan

Apabila bola dapat ditangkap oleh monyet ,orang yang mencampak bola kena menajadi monyet


Cara Bermain

  1. Setiap kumpulan kanak-kanak mempunyai 3 orang.
  2. 2 orang di depan dan belakang.
  3. seorang di tengahnya sebagai monyet.
  4. pemain akan mencampakkan bola pada rakan seorang lagi.
  5. monyet di tengah cuba menangkapnya.
  6. Apabila bola dapat ditangkap oleh monyet ,orang yang mencampak bola kena menajadi monyet.
  7. Aktiviti boleh dilakukan banyak kumpulan.






Tuesday 4 September 2012

" SUSUP GELUNG ROTAN BERGANTI - GANTI "

Tujuan Permainan

Kanak - kanak dapat menjulur dan menyusur.

Senarai Keperluan


  1. Tempat : Kawasan lapang
  2. Bahan : Gelung rotan sebanyak 10 unit.

Peraturan Permainan

  1. Setiap kanak kanak perlu menyusur dalam gelung rotan sehingga ke hujung barisan.
  2. orang yang seterusnya hanya boleh masuk ke gelung apabila orang sebelumnya sudah tamat menyusur.

Cara Bermain

  1. Buat 4 barisan, 2 barisan kanak kanak tidak memegang gelung rotan dan 2 barisan kanak kanak memegang gelung rotan. setiap barisan ada 5 hingga 7 orang.
  2. barisan kanak kanak dan pemegang gelung rotan berada dalam barisan bertentangan.
  3. apabila dibunyikan wisel orang pertama berlari dan terus menyusur ke dalam gelung sehingga tamat.
  4. diikuti dengan rakan seterusnya.

Contoh Gambar :



" MAIN KEJAR - KEJAR "

Tujuan Permainan 


  1. Menangkap pemain yang di kejar.
  2. Bahan atau peralatan : Tiada.
  3. Tempat : Kawasan lapang.
  4. Bilangan kanak kanak : Lebih daripada 3 orang.

Peraturan Permainan

siapa yang ditangkap akan menjadi pengejar.


Cara Bermain.

  1. Bagi menentukan pemain yang menjadi pengejar, pemain perlu membuat undian.
  2. undian dibuat dengan cara seorang membuka tangan dengan lebar. pemain lain meletakkan jari telunjuk masing2 di bawah tapak tangan.
  3. Mereka akan menyebut " LAM ALIF .. " pemain yang tangan di buka akan menutup dan mengengam tangan .
  4. pemain lain akan cuba mencabutnya daripada genggaman.
  5. pengejar akan mengejar pemain lain,jika pemain berasa dia akan disentuh, dia perlu duduk.
  6. pemain yang carinya tertangkap akan menjadi pengejar.
  7. seorang pemain berpeluang duduk sebanyak tiga kali sahaja akan dikejar.
  8. apabila dia duduk bermaknadia terselamat daripada dikejar dan tidak boleh disentuh pengejar.
  9. apabila pemain itu duduk untuk kali ketiga,dia tidak boleh bermain lagi sehingga permainan tamat.
  10. pemgejar perlu menyentuh pemain lain supaya pemain itu dapat menjadi pengejar pula.
  11. Permainan akan dimaikan semula.

Contoh Gambar :



" TANGKAP EKOR "

Tujuan Permainan

Cuba mengutip seberapa banyak ekor ( sapu tangan ) dan ekor sendiri tidak hilang.

Senarai Keperluan


  1. Bahan atau peralatan : sapu tangan ataupun tuala kecil.
  2. Tempat : Kawasan lapang.
  3. Bilangan kanak - kanak : Tidak terhad.

Peraturan Permainan

  1. Pemain cuba mendapatkan ekor ( sapu tangan ) sebanyak mungkin dalam masa yang sama pemain cuba mempertahankan ekor masing - masing.

Cara Bermain

  1. Semua kanak - kanak ada ekor daripada sapu tangan.
  2. masing masing cuba mendapatkan ekor lain dan mengumpul sebangyak mungkin.
  3. sampai suatu masa guru membunyikan wisel.
  4. kira berapa banyak sapu tangan yang dikutip oleh setiap murid.
  5. pengutip sapu tangan terbanyak adalah pemenang.
  6. Permainan ini boleh diulang ulang.

" CUIT BERANTAI "

Tujuan Permainan

Menangkap seberapa banyak peserta yang dapat.


Senarai Keperluan


  1. Bahan atau peralatan : Tiada .
  2. Tempat : kawasan lapang.
  3. Bilangan kanak kanak : Lebih dari tiga orang.


Peraturan Permainan

  1. Siapa yang dicuit perlu masuk barisan.
  2. Ahli dalam barisan boleh mencuit seberapa banyak asalkan barisan tidak putus.

Cara Bermain

  1. 4 hingga 5 kanak kanak berpegang tangan dalam satu barisan.
  2. mereka berlari dalam barisan mengejar barisan yang lain.
  3. hanya pemain hujung dan pangkal boleh mencuit kerana yang lain berpegang tangan.
  4. Apabila seorang yang dikejar dicuit ia mesti masuk barisan.


" LEMBU KENA KEPUNG "

Tujuan Permainan

Mengepung lembu supaya tidak dapat keluar dari kandang.


Senarai keperluan 


  1. Bahan atau peralatan : Tiada.
  2. Tempat : Kawasan lapang.
  3. Bilangan kanak - kanak : 5 hingga 10 orang.


Peraturan permainan 

  1. Seekor lembu dikepung oleh sekumpulan kanak kanak yang memegang tangan dalam bulatan.


Cara Bermain


  1. kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil, satu kumpulan lebih kurang 5 hingga 8 orang.
  2. Kanak - kanak memegang tangan membentuk bulatan.
  3. seorang kanak - kanak menjadi lembu duduk di tengah bulatan sambil beraksi dan berbunyi seperti lembu "moo...mooo....mooo ." .
  4. Lembu cuba keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara yang disukai .
  5. Apabila lembu dapat keluar ganti dengan kanak - kanak yang lain untuk menjadi lembu secara sukarela.

" BURUNG DAN SANGKAR "

Senarai Keperluan 


1. Bahan atau peralatan : Tiada Ataupun Gelung rotan.
2. Tempat : Kawasan lapang .
3. Bilangan kanak - kanak : setiap kumpulan mempuyai 3 orang tiada had bilangan kumpulan.



Peraturan Permainan 


1. Setiap kumpulan mengandungi tiga orang kanak - kanak . dua orang menjadi sangkar dan seorang lagi menjadi burung.
2. setiap kali burung terbang keluar mereka tidak boleh masuk ke sangkar asal mereka, sebaliknya mereka masuk ke sangkar lain. 



Cara Bermain



  1. Dua orang kanak - kanak mengadap di antara satu sama lainberpegang tangan menjadi sarang.
  2. seorang kanak - kanak berdiri di dalam sarang menjadi burung.
  3. Terdapat juga beberapa burung di luar tidak menjadi mempuyai sangkar.
  4. Apabila guru menyebut " burung pulang !.." ataupun bunyikan wisel . semua burung perlu terbang di luar sarang, termasuk burung yang tidak mempuyai sarang.
  5. Apabila guru menyebut "Burung pulang !..... " ataupun bunyikan wisel semua burung perlu mencari sangkar.
  6. Burung tidak boleh kembali ke sangkar asal mereka dan mesti bertukar ke sarang lain.
  7. ulang beberapa kali.
  8. kanak - kanak yang menjadi sarang pula perlu bertukar menjadi burung.
  9. ulang permainan itu beberapa kali .

Contoh Gambar :




" IKAN DI DALAM JARING "

Senarai Keperluan

1. Bahan atau peralatan : Tiada
2. Tempat : 
                   a. kawasan lapang.
                   b. kolam atau laut yang dibinadengan mengunakan kapur ataupn tepung, ambil kapr dan lukis di   atas lantai ataupun gunakan tepung dan taburkan di atas rumput. buat supaya berbentuk bulat.


3. Bilangan Kanak - kanak :  20 hingga 25 kanak - kanak .



Peraturan Permainan

Ikan dalam jaring perlu keluar daripada jaring sebanyak mungkin



Cara Bermain


  1. 10 hingga 15 kanak kanak dan berpegang tangan dalam satu barisan menjadi jaring.
  2. Jaring perlu berada di tepi kolam ataupun di tengah laut.
  3. separuh lagi kanak kanak daripada kelas menjadi ikan.
  4. ikan perlu berada jarak 20 kaki daripada jaring.
  5. kanak kanak bergerak di kawasan yang ditandakan sebagai kolam mereka beraksi seolah olah sedang berenang.
  6. Apabila insyarat 'mula' ataupun wisel dibunyikan jaring cuba mengepung ikan . 
  7. ikan itu boleh melepaskan dirinya dengan berlari menerobos jaring,melompat ke atas ataupon bawah jaring.
  8. ikan tidak boleh berenang keluar dari kolam.
  9. ikan yang ditangkap dan keluar dari kolam semasa permainan tidak boleh bermain lagi .
  10. ulang permainan dengan bertukar jaring menjadi ikan dan sebaliknya.

Contah Gambar : 





" IBU AYAM "

Senarai Keperluan

1. Bahan atau peralatan : Tiada .
2. Tempat : Kawasan Lapang .
3. Bilangan Kanak - kanak :

                  a. seorang kanak - kanak menjadi ibu ayam.
                  b. seorang kanak - kanak menjadi helang .
                  c. Anak tiada terhad bilanganya iaitu antara 2-10 orang.


Peraturan Permainan

Terdapat dua permainan utama ibu ayam dan helang. Ibu cuba mempertahankan anak - anak dari disambar helang.



Cara Bermain

  1. Anak - anak ayam perlu berada di belakang ibu ayam bagi mengelak ia disambar helang sambil berbunyi "cip cip cip...cip " bagi menunjukan rasa takut .
  2. Apabila insyarat ' mula ' ditunjukan helang hendaklah terbang dengan melakonkan aksi burung terbang dan cuba menyerang bagi menangkap anak ayam.
  3. Ibu ayam perlu melindungi anak - anaknya dengan cara mendepakan tangan sambil bergerak ke depan dan kebelakang seolah olah hendak mematuk burung helang sambil berbunyi " kok ... kok.. kok .. " bagi menunjukan ia marah .
  4. Apabila helang mendapat anak ayam maka anak ayam itu tidak boleh bermain.
  5. Tukar kanak - kanak lain menjadi helang setiap kali helang yang bermain dalam permainan sebelumnya sudah dapat menangkap anak ayam.


Nota: AKTIVITI ini boleh dilakukan 2 hingga 3 kumpulan dalam masa yang sama,sentiasa tukar peranan ibu ayam dan helang antara seorang kanak - kanak dengan seorang kanak-kanak yang lain.

" LARI KELILING BULATAN "

Senarai Keperluan 

1. Bahan atau peralatan : Tiada .
2. Tempat : Kawasan lapang .
3. Bilangan kanak - kanak : 10-20 ataupun semua kanak - kanak di dalam kelas .
4. Peraturan Permainan: Setiap kanak - kanak akan mendapat satu nombor , nombor yang disebutkan perlu lari dalam bulatan mengikut arah jam dan kembali semula apabila wisel dibunyikan .

Cara Bermain 

1. 1 hingga 15 kanak-kanak membuat bulatan. kemudian mereka akan duduk dalam bulatan.
2. Setiap kanak-kanak akan diberi nombor di antara 1 - 40 secara berturutan.
3. Kad nombor di ikat dengan tali dan digantungkan pada lehernya supaya mudah guru mengenal pasti nombor pada kanak - kanak dan kanak - kanak dapat mengecam nombor tersebut.
4. Guru juga mempuyai satu set kad nombor yang akan digunakan apabila guru menyebut ataupon memangil nombor tersebut.


Apabila guru menyebut nombor contohnya nombor 3, semua kanak - kanak yang memakai no 3 bangun.

" PERIGI RACUN "

Senarai Keperluan

1. Bahan dan peralatan : Gelung rotan .
2. Tempat : Kawasan Lapang .
3. Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 6 orang .

Peraturan Permainan 

Mereka yang termasuk dalam perigi (gelung rotan) semasa tarik akan mati .


Cara bermain

1. Buat beberapa kumpulan kecil yang mengandungi antara 4 hingga 6 orang kanak-kanak .
2. kanak - kanak berpegang tangan membentuk bulatan .
3. mereka cuba menarik antara satu sama lain di dalam bulatan .
4. Masing - masing cuba mengelak daripada terpijak ataupun termasuk dalam bulatan .
5. Sesiapa yang terpijak ataupun terjatuh dalam bulatan dikira mati dan dikeluarkan dari kumpulan .


Contoh Gambar :