Thursday, 13 September 2012

" SEREMBAN "

Tujuan permainan

Permainan ini menguji kecekapan pemain melambung daan menyambut batu pemain perlu mendapat seberapa banyak jumlah batu yang disambut.

Senarai keperluan


  1. Bahan :
                       a.Batu sermpan 5 ATAU  7.
                       b.batu kecil,pudi kacang atau biji asam jawa 6 biji dan guli 1 biji.

  1. Tempat bermain : kawasan rata seperti di atas simen ataupon di atas lantai sama ada diluar ataupon dalam bangunan.
  2. Bilangan pemain : Sekurang kurangnya 2 orang.

Cara Bermain .

  1. Pemain akan duduk di atas lantai .
  2. Pada permulaan permainan pemain dikehendaki melambnung buah,kesemua batu diletakkan di atas telapak tangan kemudian disambut mengunakan belakang tangan.
  3. sesiapa yang dapat menimbang buah terbanyak dialah yang bermain dahulu.
  4. pemain menebar buah di atas lantai,kemudian mengutip semula mengikut bilangan 1,2dan 3 dan menimbang buah tersebut.
  5. pemain perlu mencampakan jumlah buah yang ditimbang dengan jumlah seterusnya 
  6. permainan diteruskan sehingga pemain membuat kesilapan seperti buat terjatuh semasa dilambung ataupon tersentuh buah lain semasa mengambil buah.
  7. sekiranya kesilapan itu berlaku maka giliran akan diberikan kepada pemain seterusnya .
  8. pemain yang berjaya mengutip jumlah buah paling banyak dikira sebagai pemenang.

Faedah yang diperoleh 

Aspek Perkembangan kognitif

  • Permainan ini dapat meningkatkan kemahiran membilang dah konsep tambah apabila dapat menimbang buah.

Aspek perkembangan fizikal.

  • Permainan inidapat meningkat kemahiran motor halus seperti melambung menimbang dan mengemgam buah batu seremban.

Aspek perkembangan sosiemosi

  • Permainan ini dapat menggalakkan kanak - kanak meluahkan perasaan gembira dah keseronokan bermain.

Aspek kerohanian dan moral 

  • kanak - kanak dapat mengembangkan aspek rohani dan moral  dengan mengikuti dan memahami peraturan permainan . mereka juga perlu menungu giliran di samping belajar bersabar.

" PUKUL LALAT "

Tujaun permainan

Berlari dalam bulatan sambil mengejar dan memukul pemain dengan sapu tangan.

Senarai keperluan


  1. Bahan : sapu tangan.
  2. bilangan pemain : Tidak terhad.

Cara bermain.

  1. kanak - kanak duduk membuat satu bulatan ,kemudia duduk mencangkung ke arah dalam bulatan.
  2. seorang kanak-kanak di minta keluar secara sukarela ataupon dipilih membawa sapu tangan.
  3. pemain yang dipilih berdiri di luar bulatan sambil memegang sapu tangan.
  4. pemain akan meletakkan sapu tangan di belakang sesiapa saja yang berada di bulatan tanpa disedari ,orang itu dikenali sebagai mangsa.
  5. Pemain lai sentiasa peka dan bersedia meraba belakang bagi memastikan sama ada sapu tangan berada di tempat duduk atau tidak.
  6. apabila pemain B dapat menyentuh ada sapu tangan di belakanya maka ia bangun  dan lari mengejar A sambil memukulnya.
  7. Pemain A perlu mencari tempat duduk secepat mungkin sebelum dapat dipukul oleh pengejar.
  8. Jika A belum sempat mencari tempat duduk dah terkena pukulan,maka A akan berlari lagi mengeliling bulatan sementara B duduk di tempat asal.
  9. Sebaliknya jika A berjaya mencari tempat duduk ,B akan berpusing sekali lagi untuk meletakkan sapu tangan di belakang pemain lain contohnya C .

Faedah  yang diperoleh.

Aspek perkembangan fizikal

Permainan ini melibatkan aktiviti berlari,berjalan ke depan dan mengundur . jadi ia dapat mengembangkan fizikal kanak - kanak .

Aspek perkembangan sosioemosi

Permainan ini dapat memupuk ciri kepempinan kanak -kanak

Perkembangan kognitif

Daripada permainan ini kanak - kanak dapat mempelajari konsep masa dan nombor.

Tuesday, 11 September 2012

" TARIK UPIH "


Tujuan

Menarik rakan lain dengan upih pokok palma .

Senarai keperluan


  1. Upih 
  2. Bilangan pemain 2 hingga 6 orang

Cara - cara bermain 

  1. seorang pemain yang berbadan besar ataupon lebih kuat akan menarik upih.
  2. 2 orang kanak kanak lain akan duduk di atas upih dan mereka ditarik oleh pemain tadi.

Faedah permainan


Aspek perkembangan sosioemosi

Kanak - kanak belajar berkejasama dan menungu giliran untuk bermain.

Aspek perkembangan fizikal

Meningkatkan kebolehan motor kasar.



" KONDA - KONDI "

Tujuan permainan

permainan ini menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelakanya daripada disambut pemain lain.

Senarai keperluan


  1. Bahan : dua batang kayu kecil yang berlainan saiz kecik dan panjang.
  2. Tempat : kawasan lapang.
  3. bilangan kanak kanak : 8 hingga 2 orang.

Cara Bermain

  1. sediakan 2 batang kayu, satu pendek dan satu panjng dalam satu kaki. sebuah lubang dikorek di tempat permainan,kayu pendek diletakan di tengah lubang secara melintang.
  2. pemain dibahagikan kepada dua pasukan, dibahagikan sama rata bilanganya.
  3. undian dibuat bagi kumpulan memulakan dulu.
  4. pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat tempat bermain, dan pasukan lawan akan berdiri merata tempat.
  5. permainan akan dimulakan dengan menguis kayu pendek dengan mengunakan kayu panjng .
  6. ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu yang panjang,apabila pasuka lawan dapat menangkap kayu pendek pemain pasukan lawan akan dianggap mati.
  7. mata akan dikira dengan ukuran yang dibuat.
  8. permainan akan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah satu
  9. mata yang dikumpulkan oleh setiap pemain akan dikumpulkan , dan mata pasukan yang banyak akan dikira sebagai pemenang.

Faedah yang diperoleh

Aspek perkembangan kognitif

Dapat belajar menyusung strategi permainan dengan mengagak bila perlu menyerang pasukan lawan.


Aspek perkembangan fizikal

Dapat meningkatkan kemahiran motor kasar melalui aktiviti melambung berlari .


Aspek perkembangan sosioemosi

Dapat meluah rasa gembira semasa bermain.


Aspek kerohanian dan moral

Permainan ini memupuk semangat bekerja dalam pasukan, mereka juga perlu mengikuti aturan permainan serta menungu giliran.