Tujuan permainan
Permainan ini menguji kecekapan pemain melambung daan menyambut batu pemain perlu mendapat seberapa banyak jumlah batu yang disambut.
Senarai keperluan
- Bahan :
a.Batu sermpan 5 ATAU 7.
b.batu kecil,pudi kacang atau biji asam jawa 6 biji dan guli 1 biji.
- Tempat bermain : kawasan rata seperti di atas simen ataupon di atas lantai sama ada diluar ataupon dalam bangunan.
- Bilangan pemain : Sekurang kurangnya 2 orang.
Cara Bermain .
- Pemain akan duduk di atas lantai .
- Pada permulaan permainan pemain dikehendaki melambnung buah,kesemua batu diletakkan di atas telapak tangan kemudian disambut mengunakan belakang tangan.
- sesiapa yang dapat menimbang buah terbanyak dialah yang bermain dahulu.
- pemain menebar buah di atas lantai,kemudian mengutip semula mengikut bilangan 1,2dan 3 dan menimbang buah tersebut.
- pemain perlu mencampakan jumlah buah yang ditimbang dengan jumlah seterusnya
- permainan diteruskan sehingga pemain membuat kesilapan seperti buat terjatuh semasa dilambung ataupon tersentuh buah lain semasa mengambil buah.
- sekiranya kesilapan itu berlaku maka giliran akan diberikan kepada pemain seterusnya .
- pemain yang berjaya mengutip jumlah buah paling banyak dikira sebagai pemenang.
Faedah yang diperoleh
Aspek Perkembangan kognitif
- Permainan ini dapat meningkatkan kemahiran membilang dah konsep tambah apabila dapat menimbang buah.
Aspek perkembangan fizikal.
- Permainan inidapat meningkat kemahiran motor halus seperti melambung menimbang dan mengemgam buah batu seremban.
Aspek perkembangan sosiemosi
- Permainan ini dapat menggalakkan kanak - kanak meluahkan perasaan gembira dah keseronokan bermain.
Aspek kerohanian dan moral
- kanak - kanak dapat mengembangkan aspek rohani dan moral dengan mengikuti dan memahami peraturan permainan . mereka juga perlu menungu giliran di samping belajar bersabar.
No comments:
Post a Comment