Tujaun permainan
Berlari dalam bulatan sambil mengejar dan memukul pemain dengan sapu tangan.
Senarai keperluan
- Bahan : sapu tangan.
- bilangan pemain : Tidak terhad.
Cara bermain.
- kanak - kanak duduk membuat satu bulatan ,kemudia duduk mencangkung ke arah dalam bulatan.
- seorang kanak-kanak di minta keluar secara sukarela ataupon dipilih membawa sapu tangan.
- pemain yang dipilih berdiri di luar bulatan sambil memegang sapu tangan.
- pemain akan meletakkan sapu tangan di belakang sesiapa saja yang berada di bulatan tanpa disedari ,orang itu dikenali sebagai mangsa.
- Pemain lai sentiasa peka dan bersedia meraba belakang bagi memastikan sama ada sapu tangan berada di tempat duduk atau tidak.
- apabila pemain B dapat menyentuh ada sapu tangan di belakanya maka ia bangun dan lari mengejar A sambil memukulnya.
- Pemain A perlu mencari tempat duduk secepat mungkin sebelum dapat dipukul oleh pengejar.
- Jika A belum sempat mencari tempat duduk dah terkena pukulan,maka A akan berlari lagi mengeliling bulatan sementara B duduk di tempat asal.
- Sebaliknya jika A berjaya mencari tempat duduk ,B akan berpusing sekali lagi untuk meletakkan sapu tangan di belakang pemain lain contohnya C .
Faedah yang diperoleh.
Aspek perkembangan fizikal
Permainan ini melibatkan aktiviti berlari,berjalan ke depan dan mengundur . jadi ia dapat mengembangkan fizikal kanak - kanak .
Aspek perkembangan sosioemosi
Permainan ini dapat memupuk ciri kepempinan kanak -kanak
Perkembangan kognitif
Daripada permainan ini kanak - kanak dapat mempelajari konsep masa dan nombor.
No comments:
Post a Comment