Tujuan Permainan
Menguji kebolehan kanak kanak melempar dan meniup getah supaya mengenai sasaran.
Senarai Keperluan.
- Bahan atau peralatan : Getah gelang.
- Tempat : kawasan Lapang.
- Bilangan kanak-kanak: Tidak terhad , sekurangya 3 orang.
Jenis permainan getah dan cara bermain
Pemain hanya boleh melastik , meniup dan melempar getah sekali sahaja dalam setiap pusingan.
Lempar Getah.
- setiap pemain ada jumlah getah yang sama banyak seperti 20 urat.
- pemain akan melemparkan getah mengikut giliran.
- apabila getah glang yang bertindih dengan getah yang sedia ada maka getah tersebut akan jadi miliknya.
- pemain yang dapat mengutip getah yang banyak akan menang.
Kanak kanak mengutip gelang getah yang terkena
Tiup getah
- Getah akan ditaburkan di atas lantai dan ada jarak antara satu sama lain
- pemain aka meniup sehingan menindih antara satu sama lain, getah yang bertindih akan menjadi miliknya.
- permainan akan dikira mati jika pemain menyentuh getah
- giliran akan diberikan kepada orang lain dengan permainan yang sama.
- Jumlah getah yang banyak adalah pemenang.
Lastik Getah
- Pemain mencacakkan dua batang lidi di atas tanah kiri dan kanan lebih kurang 4 inci.
- pasangkan 2 urat getah merentang kayu lidi tersebut
- sangkutkan getah sebanyak mungkin pada getah lidi.
- pemain akan berdiri jarak 1 1/2 meter dan melastik getah tersebut.
- getah akan jatuh menjadi miliknya.
- jika pemain semasa melantik getah tidak jatuh, pemain lain akan mendapat giliran
- ulang sehingga getah yang tersangkut habis.
No comments:
Post a Comment