Tuesday 4 September 2012

" IBU AYAM "

Senarai Keperluan

1. Bahan atau peralatan : Tiada .
2. Tempat : Kawasan Lapang .
3. Bilangan Kanak - kanak :

                  a. seorang kanak - kanak menjadi ibu ayam.
                  b. seorang kanak - kanak menjadi helang .
                  c. Anak tiada terhad bilanganya iaitu antara 2-10 orang.


Peraturan Permainan

Terdapat dua permainan utama ibu ayam dan helang. Ibu cuba mempertahankan anak - anak dari disambar helang.



Cara Bermain

  1. Anak - anak ayam perlu berada di belakang ibu ayam bagi mengelak ia disambar helang sambil berbunyi "cip cip cip...cip " bagi menunjukan rasa takut .
  2. Apabila insyarat ' mula ' ditunjukan helang hendaklah terbang dengan melakonkan aksi burung terbang dan cuba menyerang bagi menangkap anak ayam.
  3. Ibu ayam perlu melindungi anak - anaknya dengan cara mendepakan tangan sambil bergerak ke depan dan kebelakang seolah olah hendak mematuk burung helang sambil berbunyi " kok ... kok.. kok .. " bagi menunjukan ia marah .
  4. Apabila helang mendapat anak ayam maka anak ayam itu tidak boleh bermain.
  5. Tukar kanak - kanak lain menjadi helang setiap kali helang yang bermain dalam permainan sebelumnya sudah dapat menangkap anak ayam.


Nota: AKTIVITI ini boleh dilakukan 2 hingga 3 kumpulan dalam masa yang sama,sentiasa tukar peranan ibu ayam dan helang antara seorang kanak - kanak dengan seorang kanak-kanak yang lain.

No comments: