Tuesday 11 September 2012

" KONDA - KONDI "

Tujuan permainan

permainan ini menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelakanya daripada disambut pemain lain.

Senarai keperluan


  1. Bahan : dua batang kayu kecil yang berlainan saiz kecik dan panjang.
  2. Tempat : kawasan lapang.
  3. bilangan kanak kanak : 8 hingga 2 orang.

Cara Bermain

  1. sediakan 2 batang kayu, satu pendek dan satu panjng dalam satu kaki. sebuah lubang dikorek di tempat permainan,kayu pendek diletakan di tengah lubang secara melintang.
  2. pemain dibahagikan kepada dua pasukan, dibahagikan sama rata bilanganya.
  3. undian dibuat bagi kumpulan memulakan dulu.
  4. pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat tempat bermain, dan pasukan lawan akan berdiri merata tempat.
  5. permainan akan dimulakan dengan menguis kayu pendek dengan mengunakan kayu panjng .
  6. ukur jarak kayu pendek itu dari lubang dengan kayu yang panjang,apabila pasuka lawan dapat menangkap kayu pendek pemain pasukan lawan akan dianggap mati.
  7. mata akan dikira dengan ukuran yang dibuat.
  8. permainan akan diteruskan apabila pemain berjaya melaksanakan langkah satu
  9. mata yang dikumpulkan oleh setiap pemain akan dikumpulkan , dan mata pasukan yang banyak akan dikira sebagai pemenang.

Faedah yang diperoleh

Aspek perkembangan kognitif

Dapat belajar menyusung strategi permainan dengan mengagak bila perlu menyerang pasukan lawan.


Aspek perkembangan fizikal

Dapat meningkatkan kemahiran motor kasar melalui aktiviti melambung berlari .


Aspek perkembangan sosioemosi

Dapat meluah rasa gembira semasa bermain.


Aspek kerohanian dan moral

Permainan ini memupuk semangat bekerja dalam pasukan, mereka juga perlu mengikuti aturan permainan serta menungu giliran.

No comments: