Thursday 13 September 2012

" PUKUL LALAT "

Tujaun permainan

Berlari dalam bulatan sambil mengejar dan memukul pemain dengan sapu tangan.

Senarai keperluan


  1. Bahan : sapu tangan.
  2. bilangan pemain : Tidak terhad.

Cara bermain.

  1. kanak - kanak duduk membuat satu bulatan ,kemudia duduk mencangkung ke arah dalam bulatan.
  2. seorang kanak-kanak di minta keluar secara sukarela ataupon dipilih membawa sapu tangan.
  3. pemain yang dipilih berdiri di luar bulatan sambil memegang sapu tangan.
  4. pemain akan meletakkan sapu tangan di belakang sesiapa saja yang berada di bulatan tanpa disedari ,orang itu dikenali sebagai mangsa.
  5. Pemain lai sentiasa peka dan bersedia meraba belakang bagi memastikan sama ada sapu tangan berada di tempat duduk atau tidak.
  6. apabila pemain B dapat menyentuh ada sapu tangan di belakanya maka ia bangun  dan lari mengejar A sambil memukulnya.
  7. Pemain A perlu mencari tempat duduk secepat mungkin sebelum dapat dipukul oleh pengejar.
  8. Jika A belum sempat mencari tempat duduk dah terkena pukulan,maka A akan berlari lagi mengeliling bulatan sementara B duduk di tempat asal.
  9. Sebaliknya jika A berjaya mencari tempat duduk ,B akan berpusing sekali lagi untuk meletakkan sapu tangan di belakang pemain lain contohnya C .

Faedah  yang diperoleh.

Aspek perkembangan fizikal

Permainan ini melibatkan aktiviti berlari,berjalan ke depan dan mengundur . jadi ia dapat mengembangkan fizikal kanak - kanak .

Aspek perkembangan sosioemosi

Permainan ini dapat memupuk ciri kepempinan kanak -kanak

Perkembangan kognitif

Daripada permainan ini kanak - kanak dapat mempelajari konsep masa dan nombor.

No comments: