Tuesday 4 September 2012

" MAIN KEJAR - KEJAR "

Tujuan Permainan 


  1. Menangkap pemain yang di kejar.
  2. Bahan atau peralatan : Tiada.
  3. Tempat : Kawasan lapang.
  4. Bilangan kanak kanak : Lebih daripada 3 orang.

Peraturan Permainan

siapa yang ditangkap akan menjadi pengejar.


Cara Bermain.

  1. Bagi menentukan pemain yang menjadi pengejar, pemain perlu membuat undian.
  2. undian dibuat dengan cara seorang membuka tangan dengan lebar. pemain lain meletakkan jari telunjuk masing2 di bawah tapak tangan.
  3. Mereka akan menyebut " LAM ALIF .. " pemain yang tangan di buka akan menutup dan mengengam tangan .
  4. pemain lain akan cuba mencabutnya daripada genggaman.
  5. pengejar akan mengejar pemain lain,jika pemain berasa dia akan disentuh, dia perlu duduk.
  6. pemain yang carinya tertangkap akan menjadi pengejar.
  7. seorang pemain berpeluang duduk sebanyak tiga kali sahaja akan dikejar.
  8. apabila dia duduk bermaknadia terselamat daripada dikejar dan tidak boleh disentuh pengejar.
  9. apabila pemain itu duduk untuk kali ketiga,dia tidak boleh bermain lagi sehingga permainan tamat.
  10. pemgejar perlu menyentuh pemain lain supaya pemain itu dapat menjadi pengejar pula.
  11. Permainan akan dimaikan semula.

Contoh Gambar :



No comments: