Monday 10 September 2012

" MAIN GETAH "

Tujuan Permainan

 Menguji kebolehan kanak  kanak melempar dan meniup getah supaya mengenai sasaran.

Senarai Keperluan.


  1. Bahan atau peralatan : Getah gelang.
  2. Tempat : kawasan Lapang.
  3. Bilangan kanak-kanak: Tidak terhad , sekurangya 3 orang.

Jenis permainan getah dan cara bermain

Pemain hanya boleh melastik , meniup dan melempar getah sekali sahaja dalam setiap pusingan.

Lempar Getah.

  1. setiap pemain ada jumlah getah yang sama banyak seperti 20 urat.
  2. pemain akan melemparkan getah mengikut giliran.
  3. apabila getah glang yang bertindih dengan getah yang sedia ada maka getah tersebut akan jadi miliknya.
  4. pemain yang dapat mengutip getah yang banyak akan menang.

Kanak  kanak mengutip gelang getah yang terkena


Tiup getah

  1. Getah akan ditaburkan di atas lantai dan ada jarak antara satu sama lain
  2. pemain aka meniup sehingan menindih antara satu sama lain, getah yang bertindih akan menjadi miliknya.
  3. permainan akan dikira mati jika pemain menyentuh getah
  4. giliran akan diberikan kepada orang lain dengan permainan yang sama.
  5. Jumlah getah yang banyak adalah pemenang.

Lastik Getah

  1. Pemain mencacakkan dua batang lidi di atas tanah kiri dan kanan lebih kurang 4 inci.
  2. pasangkan 2 urat getah merentang kayu lidi tersebut
  3. sangkutkan getah sebanyak mungkin pada getah lidi.
  4. pemain akan berdiri jarak 1 1/2 meter dan melastik getah tersebut.
  5. getah akan jatuh menjadi miliknya.
  6. jika pemain semasa melantik getah tidak jatuh, pemain lain akan mendapat giliran
  7. ulang sehingga getah yang tersangkut habis.



   

No comments: